assalamualaikum...
Hari
ni aku dengan kawan-kawan pergi sarikin iaitu sempadan antara Sarawak-kalimantan.
Sarikin ni merupakan tempat yang selalu dikunjungi ramai orang la kerana
barang-barang kat sana boleh dikatakan murah jugak la…sarikin ni biasa dibuka
pada hari minggu je sabtu dan ahad dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00
petang… Sarikin ni jugak menjadi tempat yang memang wajib la dikunjungi
pelajar-pelajar dari unimas dan uitm yang biasa nya diorang ni datang untuk
membeli belah sebelum mereka pulang ke kampung masing masing.
Kebanyakkan
nya yang datang ke pasar serikin akan datang awal pagi sebab nak elakkan
daripada panas terik matahari, biasa la kan semua nak jaga kulit…hehehe.
Kebanyakkan peniaga yang berniaga disitu
adalah daripada kalangan orang indon dan yang selebihnya adalah penduduk
tempatan. Biasanya barang barang yang dijual memang murah la…kalau yang pandai
dalam bab bab tawar menawar ni memang untung la dapat membeli belah kat situ.
Macam
macam barang ada dijual kat situ antaranya baju, jubah, barang kelengkapan sembanyang,
beg dan macam macam lagi la…kalau aku nak tulis semua tu memang akan panjang berjela
jela la…hehehe. Untuk sape sape yang nak pegi Sarikin tu aku nasihat kan bawak
la payung sebab kat situ memang panas giler (ha ko) sampai boleh buat kulit
korang terbakar la...kat bawah ni aku ada serta kan beberapa gambar barang barang yang terdapat di pasar serikin tu: